skbmkt.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAS
PS 24, 81907 KOTA TINGGI, JOHOR Tel : 07-8236321, Faks :
e-mel : skbmkt@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH SEKOLAH | FIZIKAL SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | DIARI | PRA SEKOLAH | PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2008 | PERISTIWA SEKOLAH | PENGLIBATAN AHLIJAWATANKUASA | KEJAYAAN SEKOLAH 2008 |






SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR

Tuan/ puan

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya kita dapat mengakhiri sessi persekolahan 2007 dengan cemerlang dan semoga persekolahan 2008 akan berlangsung dengan gemilang.

Kita berharap agar semua warga pendidikan Sekolah Kebangsaan Bandar Mas sudah bersedia untuk menempuh sessi persekolahan 2008 dengan tekad dan iltizam baru.

Sesungguhnya visi sekolah menjelang 2010 adalah " Sekolah Bandar Mas Menjadi Sekolah Gemilang Pada 2010". Sekolah Gemilang adalah sekolah yang berprestasi tinggi melalui sistem yang cukup mantap yang menekankan aspek kurikulum (akedemik) serta kokurikulum, bina insan, pengurusan sumber masusia dan fizikal sekolah.

Dalam kontek ini, kami mendukung pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Diantara teras stretegik yang menjadi panduan Perancangan Sekolah Bandar Mas, tahun 2008 adalah:

Teras 1: Membina Negara Bangsa
Teras 2: Membangunkan Modal Insan
Teras 3: Memperkasa Sekolah Kebangsaan
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5: Memertabatkan Profession Keguruan
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Selain dari itu elemen-eleman sekolah berkesan juga adalah menjadi pelengkap bagi merealisasikan visi " Sekolah Gemilang"

Sabda Nabi SAW yang bermaksud " Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barang siapa yang amalannya sama dengan semalam dia adalah orang yang rugi. Dan barang siapa yang amalannya lebih buruk
 
dari semalam, dia tergolong orang yang tidak disukai Allah SWT". Sekian wassallam.


Guru Besar
Sek. Keb. Bandar Mas
3 Januari 2008





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: